“Kami tahu, gunung di Gopeng ini boleh dikatakan antara ‘pusat’ mereka di Malaysia!”

0
965

Sebelum tu, saya ada dengar video rakaman suara dari satu posting FB yang di share di komen saya semalam, mengatakan jika nak Acap, kena buat pertukaran dengan salah seorang team mereka. Dan kebetulan pada malam ke 13 kami cari, salah seorang team kami kerasukan seperti saya uploadkan beberapa hari lepas, jin tu cakap ‘pertukaran’ sebagai ganti Acap.

Dia suruh tinggalkan salah seorang team kami sebagai ganti! Tapi saya tak bagi kerana syarat tersebut tidak dibenarkan dalam islam! Dengarkan baik² rakaman video kami ini(tapi maaf saya TAKKAN upload full kebimbangan fitnah, kerana jin suka cakap bohong!, tapi tak bermaksud tak boleh terima 100%)

Fight tetap fight! Cari tetap cari! Acap nak keluar atau tak nak keluar, kita doakan & ikhtiar kembalikan dia sahaja!

SEKALI LAGI SAYA NAK INGATKAN ANDA SEMUA! TIADA TILIKAN, GAMBARAN, GENG BULAT² GAMBAR, SCANNING, INTERAKSI SECARA ZOHIR DAN SEUMPAMANYA DALAM ISLAM WALAUPUN MENGAKU PENGAMAL PERUBATAN ISLAM SEKALIPUN!

Baca posting saya yang lalu tentang ‘8 Jenis Manusia’ diberikan kelebihan oleh Allah SWT mengikut kitab Tauhid.. Usah taasub follow kes ini hingga tergadai maruah agama anda mempercayai tanpa asas! Sila follow penulisan saya beberapa hari ini di Page #coachhanif ini..

Kemudian esoknya, salah seorang team kami yang lain demam tetiba & setiap kali pejam mata ternampak Acap tak nak keluar, dipegang erat oleh seorang wanita(puteri) dan kaku di alam sana.Kisah rakaman viral tersebut mirip dan hampir dengan kisah pencarian team kami ini.(Tapi mengikut pengalaman saya, kebiasaan ini adalah ‘helah’ mereka, tapi kita tak menolak 100%)

Jadi jika BETULLAH, saya ulang sekali lagi, jika BETULLAH bunian/penghuni hutan/iblis/jin whatever makhluk ghaib ini punya ‘game’, memang seluruh sukarelawan mencari perlu SATU HATI & BERGABUNG untuk bawa pulang Acap. Tapi dengan kaedah yang TIDAK melanggar syariat agama & rundingan yang baik terhadap ‘penculik’ tersebut. Dan yang paling penting ialah KEIKHLASAN HATI membantu family nya, bukan untuk dapat nama, habuan, viral & seumpamanya. 

Mereka(bunian/jin) juga adalah hamba & makhluk Allah, cuma wujud di alam sana yang kita tak nampak. Mereka boleh dirunding seperti pengalaman saya sentiasa berunding dengan jin dalam badan pesakit² sihir, saka, santau etc yang dibantu saya selama ini. Kebanyakkan sihir saka santau itu pulih bukan kerana rawat, tapi RUNDING.

Ini ramai perawat islam terlepas pandang. Kita hanya tahu ‘serang’ dengan doa semata². Tapi bomoh ramai pulak yer ada skill berunding,  tapi runding dengan cara khurafat atau tak ikut syariat agama seperti pulut kuning, kambing hitam dan macam² lagi lah.. Cuma rundingan cara islam perlu ada ilmu daripada Al-Quran & Hadis. Ini kelemahan makhluk jin/bunian.

Dari Abu Ad-Dardaa’ radhiyallahu ‘anhu; Rasulullah SAW bersabda:

«إِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ، كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ»
[سنن أبى داود: صححه الألباني]

“Sesungguhnya keutamaan seorang ulama terhadap seorang ahli ibadah seperti keutamaan bulan malam purnama dibandingkan dengan bintang lainnya”. [Sunan Abu Daud: Sahih]

Para Ulama & pakar perubatan islam SESOHEHNYA diperlukan untuk atasi kes sebegini, JANGAN biarkan kaedah bercanggah dengan islam yang lakukan. Jangan biarkan orang jahil macam saya pengamal mistik ini buat tugas ahli agama! Sememangnya jin/bunian tersebut takkan serahkan, kerana itulah ‘game’ dia pada kita.

Nak tengok orang islam jahil, syirik, tahyul, khurafat & sebagainya! Lalu mereka bertepuk tangan gembira dengan permainan sorok menyorok ini! Mungkin sekarang ini mereka sedang ‘menonton wayang’ melihat karenah rakyat Malaysia yang timbulkan pelbagai persepsi, andaian, kronologi, tilikan, ‘geng bulat² gambar’ dan sebagainya lagi yang tiada bersumber sohih!

Perkara ini semua telah catatkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran right? Tujuannya mereka adalah untuk MENYESATKAN manusia. Saya takut, bukan Acap sahaja disesatkan oleh mereka(jin) dalam hutan tu, tapi kita juga rakyat Malaysia pun ‘tersesat’ kerana isu ini!  Waliyadzubillah! Sape faham, faham lah.. Sape tak faham, rujuk lah Ulama, bukan rujuk pengamal bomoh atau perubatan mistik seperti saya & mereka diluar sana yang sedang mencari @ men’scanning’ Acap dari jarak jauh!

Doakan saya, sepatutnya pagi tadi saya dengan team penduduk kampung masuk hutan lagi mencari mangsa, tapi ada kes pemergian bapa saudara terpaksa pulang ke kampung. Saya akan cuba updatekan perkembangan semasa, dan sebarkan dakwah ini sebaik mungkin untuk lihat akidah rakyat Malaysia tidak terpesong mempercayai bulat² sehingga menjadi geng ‘bulat² gambar'(tak faham sudah). Kita hanya doa pada Allah dipertemukankan kembali mangsa ke pangkuan keluarganya dan dimudahkan urusan sukarelawan mencari!

Sumber Fb Hanif Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here