Jom Kenali Farhatul, Juara Tilawah Antarabangsa Pada Umur 19 Tahun

0
4350

Sedap mata memandang, sedap juga telinga mendengar.

Nama Nor Farhatul Fairuzah Panut menjadi sebutan selepas menjuarai Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa, pada Sabtu 20 April 2019.

Disini kami kongsikan serba sedikit berkenaan gadis berusia 19 tahun ini.

Semoga ia mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda lain untuk mencontohi kecintaan Farhatul terhadap al-Quran.

– Farhatul merupakan anak bongsu lima beradik kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin

– Kini belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan

– Mula belajar tarannum sejak berusia lima tahun dan mula menyertai pertandingan tilawah pada usia tujuh tahun

– Farhatul mengakui mengamalkan membaca Al Quran setiap kali selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara

– Pada pertandingan peringkat kebangsaan baru-baru ini, Farhatul diangkat sebagai johan manakala kakaknya, Nor Faizah, menjadi naib johan

– Apa yang menarik untuk pegetahuan semua, kesemua adik-beradik Farhatul aktif menyertai pertandingan tilawah

– Farhatul bercita-cita mahu bergelar pensyarah dan berhasrat membuka kelas pengajian tarannum satu hari nanti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here