Lawan Saya Dalam Soal Dasar, Bukannya Mengenai Kaum Atau Agama – Mujahid

0
175

GEORGETOWN: Semua pihak tidak seharusnya menyalahgunakan dasar kebebasan media yang diamalkan Pakatan Harapan (PH) untuk memainkan isu kaum atau agama yang boleh menimbulkan rasa kebencian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf.

Katanya pihak pembangkang khususnya harus menggunakan kebebasan media yang diberikan untuk mewujudkan persaingan yang sihat yang boleh membawa kerajaan membentuk dasar yang lebih baik untuk dinikmati oleh rakyat.

“Kebebasan mestilah kebebasan dengan tanggungjawab. Lawan saya dalam soal dasar, bukannya mengenai kaum atau agama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Iftar Jalanan Pakatan Harapan yang diadakan di Jalan Buckingham di sini malam ini.

Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata kebebasan media adalah satu dasar yang diperjuangkan oleh PH sewaktu mengambil alih pemerintahan negara tahun lalu.

“Kita tidak pernah menyekat media kerana kebebasan media adalah komitmen kita,” katanya. BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here