Inkues Adib: ‘Saya Tak Tahu 2 Saksi Pakar Diugut, Ubah Penilaian’ – Pegawai Pengendali

0
687

SHAH ALAM: Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah tidak mengetahui berhubung laporan polis yang dibuat oleh dua saksi pakar yang mendakwa pihaknya menerima ugutan.

Beliau ketika ditemui pada Selasa sebaliknya berkata hanya mengetahui berhubung perkara itu pada pagi ini.”Saya tak tahu pasal report itu; hanya tahu menerusi laporan berita pagi ini. Saya tidak boleh komen kalau nak dapatkan komen boleh pergi HKL”, katanya selepas ditemui di luar mahkamah.

Hamdan Hamzah tidak mengetahui berhubung laporan polis yang dibuat oleh dua saksi pakar yang mendakwa pihaknya menerima ugutan.

Pada 20 April, dua saksi pakar telah membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya yang dikatakan telah menerima ugutan dan terdapat cubaan pihak yang mempengaruhi penilaian mereka terhadap kes tersebut.

Menerusi laporan polis yang dipetik sebuah portal berita, salah seorang pakar forensik mendakwa seorang lagi saksi pakar telah cuba meyakinkannya serta seorang lagi saksi lain untuk menandatangani surat persetujuan bahawa kecederaan di dada kanan dan di lengan atas, sebelah kanan Adib, berpunca daripada pintu kiri kenderaan EMRS.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan menerima laporan tersebut. AWANI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here