Hukum Menerima Jemputan Majlis Perkahwinan Ada Unsur Maksiat

0
252

Minggu ini kita digemparkan dengan Majllis Perkahwinan anak Normah Damanhuri, Ahya Rosli yang juga model dan pelakon. Majlis Perkahwinan tersebut telah dikecam dan dikritik teruk oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.

Di sesi makan beradab pengantin dan tetamu yang hadir disajikan dengan tarian ‘pondan’ berbikini yang jelas sekali memalukan terutamanya dari segi Adat dan Agama. Jadi ramai yang bertanya apakah hukum bagi yang menghadiri Majlis Perkahwinan yang mengandungi unsur maksiat ini.

Gambar Hiasan : Bella Dally selamat kahwin kali ke-2

Hukum memenuhi undangan perkahwinan

Sebelum menjawab persoalan ini, harus kita memahami terlebih dahulu hukum memenuhi undangan ke majlis perkahwinan sebagai asas perbincangan.

Menurut majoriti ulama dalam mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hukum asal hadir ke majlis perkahwinan jika dijemput khas, adalah wajib.

Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah S.A.W, dari Ibn Umar R.A:

إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا

Maksudnya: Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia. (Riwayat Muslim 1053) 

Hukum ini diambil dari kalam baginda yang merupakan perintah yang membawa hukum wajib secara dasarnya dari sisi kaedah fekah.

Manakala, hukum sunat dinyatakan oleh mazhab Hanafi dan satu pendapat dalam mazhab Syafie dan Maliki.

Juga terdapat pendapat lain dalam mazhab Syafie dan Hanbali yang mengatakan bahawa ia merupakan satu fardhu kifayah, dan sudah cukup jika dihadiri oleh sebahagian masyarakat.

Menerima jemputan yang mengandungi maksiat

Menurut kesepakatan para ulama, adalah gugur kewajipan seseorang itu daripada menghadiri sesuatu majlis perkahwinan yang mana diketahui mengandungi unsur maksiat atau haram seperti hidangan arak, sedangkan dia tidak mampu memungkirinya.

Perkara ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

قَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ

Maksudnya: Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. (Surah Al-Nisa’ – 140) 

Perbuatan duduk dalam sesuatu majlis yang mengandungi maksiat dan penghinaan kepada ayat-ayat Allah adalah dilarang sama sekali.

Imam Abu Ja’far al-Thabari Rahimahullah dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini berkata:

وفي هذه الآية، الدلالة الواضحة على النهي عن مجالسة أهل الباطل من كل نوع، من المبتدعة والفسَقة، عند خوضهم في باطلهم

Maksudnya: Ayat ini menunjukkan kepada dalalah yang jelas ke atas larangan duduk bermajlis bersama ahli kebatilan dari segenap jenis lapisan. Dari kalangan ahli bid’ah dan juga golongan yang fasiq, semasa mereka melakukan kebatilan tersebut. 

Sebuah riyawat Nabi S.A.W tentang larangan jelas duduk dalam majlis yang dihidangkan, berdasarkan riwayat dari Ibn Abbas RA:

من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يشربِ الخمرَ من كان يؤمنُ باللهِ واليومِ الآخرِ فلا يجلسْ على مائدةٍ يشربُ عليها الخمرَ

Maksudnya: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan juga hari akhirat, janganlah dia meminum arak. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk pada hidangan yang diminum padanya arak.

Gambar Hiasan : Perkahwinan kedua Fasha Sandha

Fatwa oleh badan-badan berkuasa

Syeikh al-Allamah Jaad al-Haq Ali Jaad al-Haq (Dar al-Ifta’ al-Misriyyah) mengeluarkan fatwa pada tahun 1979 dengan menyatakan berkaitan majlis yang melibatkan pemberian dan penerimaan dadah, dengan berkata:

“Allah memuji hamba-hamba Nya yang menjauhi majlis yang melalaikan.”. Maka Allah berfirman:

وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ

Maksudnya: (Ciri orang beriman) adalah mereka yang memalingkan diri dari perkara yang melalaikan.

Dan Abu Daud meriwayatkan di dalam sunannya dari Ibn Umar R.A tentang katanya:

نَهَى رسُولُ الله صلَّى الله عليه وسَلَّم عَنِ الجُلُوسِ عَلَى مَائِدَةٍ يُشربُ عَلَيهَا الخَمْرُ

Maksudnya: Rasulullah S.A.W melarang duduk pada hidangan yang diminum arak di dalamnya.

Terdapat khilaf di antara hukum menghadiri majlis seperti ini, tetapi pendapat yang paling sahih dalam mazhab Syafie dan Hanbali adalah haram.

Ini berdasarkan hadis Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W melarang duduk dalam majlis yang terdapat hidangan arak. 

Manakala, mazhab Hanafi pula menyatakan dengan jelas bahawa seseorang itu tidak perlu hadir jika mengetahui jemputan ke majlis perkahwinan itu mengandungi unsur maksiat.

Akan tetapi, ada satu pendapat dalam kalangan ulama Iraq dalam mazhab Syafie yang mengharuskan perkara ini, bersyarat.

Syarat tersebut adalah seseorang itu memungkiri kemungkaran tersebut di dalam hatinya.

Dalam hal ini, keharusan ini adalah beralasan bahawa kehadiran mereka mungkin membuatkan pihak majlis berasa malu seterusnya mengurangkan atau menghentikan kemungkaran yang dilakukan.

Kesimpulan

Mengikut huraian dan terjemahan dari Hadith dan Jumhur ‘Ulama, tidak menjadi wajib untuk orang kebanyakkan jikalau majlis itu sudah diketahui ada unsur maksiat dan kemungkaran. (kecuali kehadiran individu membawa kesan)
Bagi para ulama, ilmuan agama majlis yang terdapat unsur kemungkaran ini dibolehkan jika kehadiran dapat mengurangkan atau menghentikan kegiatan maksiat dan kemungkaran.

Rujukan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here