Hibah TH akan diumum secepat mungkin – Tun M

0
307

Setelah diasak rakyat berkenaan Hibah TH, akhirnya Perdana Menteri, Tun Mahathir membuka mulut.
Tun Mahathir dalam kenyataannya bayaran hibah bagi 2018 kepada 9.3 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) akan dibayar dalam tempoh terdekat.

Pembayaran berkenaan antara dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, esok dan TH kemudian akan membuat pengumuman mengenainya.
Mesyuarat Jemaah Menteri esok akan membincangkan secara terperinci pelan kedudukan kewangan dan pemulihan semula TH dan perkara berkaitannya, termasuk perkara berhubung kemampuan TH membayar hibah.

“TH akan mengumumkannya dalam tempoh terdekat selepas Jemaah Menteri membuat keputusan mengenainya. Seperti diketahui umum banyak kecurian dilakukan pengurusan terdahulu yang menyebabkan agensi itu mengalami kerugian besar.
Perkara itu turut menjejaskan usaha agensi itu untuk memberikan pulangan kepada pendeposit”

Tun M menjawab kepada soalan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) meminta Perdana Menteri menyatakan tarikh TH mengumumkan bayaran hibah (dividen) kepada 9.3 juta pendepositnya.

Tun Mahathir akan menjelaskan isu mengenai Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang didakwa tidak memberikan pulangan kepada TH selepas Kabinet membuat keputusan mengenainya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here