Hibah Tabung Haji hanya 1.25%, rekod paling rendah dalam sejarah!

0
342

Penantian 9.3 juta pendeposit Tabung Haji (TH) berakhir apabila Lembaga Tabung Haji mengumumkan agihan hibah atau bonus bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus, kepada semua pendeposit.

Isu kadar hibah ini menjadi isu paling hangat apabila pengumumannya di tangguh beberapa kali oleh menteri. Kadar jumlah tersebut adalah paling rendah dalam sejarah! Kadar jumlah tersebut lebih rendah berbanding tahun 2017, iaitu 6.25 peratus.
Agihan hibah ini membabitkan jumlah sebanyak RM913 juta.

Walau bagaimanapun Mujahid menyatakan kadar itu ‘masih tinggi’ jika dibandingkan defisit kesan pengurusan yang lemah kerajaan lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan Majlis Taklimat Prestasi Lembaga Tabung Haji dan Pengumuman Hibah bagi tahun 2018 sebentar tadi.

Mengikut rekod Tabung Haji, tahun 2012 adalah kadar paling tinggi iaitu pada kadar 6.25% diikuti pada tahun 2014 dengan kadar 8.25% (6.25 + 2 kadar hibah haji)

Turut hadir, Timbalan Menteri, Fuziah Salleh dan Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Md Nor Yusof serta Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here