Hasnul Gesa Rakyat Tabbayyun, Elak Percaya Berita Palsu

0
149

PARIT BUNTAR: Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menggesa seluruh rakyat agar berhati-hati dalam menerima berita dan maklumat yang tidak benar hingga menjejaskan perpaduan serta keharmonian negara.

Menurutnya, tidak dapat dinafikan di ambang kemodenan masa kini, terdapat pelbagai pelbagai cerita-cerita palsu serta berita-berita, yang bertujuan untuk memecahkan perpaduan yang kita miliki.

“Sebagai Exco yang memegang portfolio penerangan, saya menyeru supaya rakyat sentiasa mengamalkan konsep tabayyunataupun dalam erti kata lain, sebarang maklumat yang diterima seharusnya diteliti dan dipastikan terlebih dahulu kebenarannya bagi mengelakkan sebarang agenda atau perkara yang tidak baik berlaku seperti fitnah dan berita palsu.

“Namun begitu, saya yakin, seiring dengan pembangunan negara, rakyat Malaysia kini semakin matang dalam menilai kesahihahan sesuatu berita itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Merdeka@Komuniti sempena Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Dataran SMK Raja Lope Nor Rashid, Tanjung Piandang, disini hari ini.

Hasnul menjelaskan, dengan adanya program berunsur kemerdekaan seperti hari ini, saya percaya sebarang usaha untuk menggugatkan perpaduan yang kita ada pasti akan lumpuh.

Beliau mengajak agar seluruh rakyat bersama-sama memupuk nilai perpaduan dan hormat menghormati di kalangan masyarakat dan kaum serta saling menghargai antara satu sama lain.

Adun Titi Serong itu berkata, salah satu identiti ataupun lambang sesebuah negara itu terletak pada bendera negara tersebut.

“Sehubungan itu saya menyeru supaya rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang ini di mana sahaja kita berada.

” Berbanggalah kita dengan identiti kita sebagai warga Malaysia yang sentiasa aman dan makmur,” jelasnya. PInsight

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here