Harga RON 97 Naik 2 Sen

0
598

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 2 sen seliter daripada RM2.38 seliter kepada RM2.40 seliter bagi tempoh 29 Februari hingga 6 Mac.

Harga runcit petrol RON95 kekal pula pada paras RM2.08 seliter dan diesel turun sebanyak 1 sen seliter kepada RM2.13 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, dengan pengekalan harga runcit produk petrol RON95 pada paras RM2.08 seliter, anggaran tanggungan subsidi Kerajaan bagi tempoh 29 Februari 2020 sehingga 6 Mac 2020 adalah berjumlah RM6.12 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here