Harga Diesel naik, Petrol kekal

0
41
Kementerian Kewangan mengumumkan harga bagi bahan bakar untuk minggu ini.
Harga RON97 kekal pada harga RM2.28 seliter,  RON95 (RM1.98 seliter) manakala disesel meningkat 1 sen kepada RM2.18 seliter untuk tempoh 26 Januari hingga 1 Februari.

Menurut Kementerian Kewangan, peningkatan ini adalah susulan harga produk diesel yang diproses (refined product) yang berada pada AS$73 setong, berbanding harga produk petrol RON95 yang berada pada paras AS$62 setong.
“Perbezaan kos produk yang lebih tinggi bagi diesel berbanding petrol adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan bagi produk diesel, terutamanya dari negara Republik Rakyat China, dan juga peningkatan pengeluaran produk petrol di pasaran global,” kata kementerian itu dalam kenyataan yang diedarkan pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here