GRO Warga Vietnam dicekup.

0
78

IPOH – Serbuan Ops Bersepadu malam tadi berjaya menjejaki wanita warga Vietnam yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di 2 pusat hiburan di Station 18 dan Jalan Mustapha Al Bakri. Seramai 30 warga Vietnam yang berusia 17 hingga 47 tahun disyaki bekerja sepabagi pelayan pelanggan (GRO).

Semua telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Perak. Serbuan Ops Bersepadu itu turut melibatkan 25 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak.

Menerusi kenyataan Pengarah Imigresen Perak, Kamalludin Ismail, ketika serbuan dibuat, mereka sedang asyik melayan pelanggan sebelum menyedari kehadiran penguat kuasa dan bertindak melarikan diri dengan bersembunyi di kabinet minuman keras dan bilik air.

gambar ihsan sinar

Namun pengalaman dan kecekepan pegawai operasi itu berjaya mengepung pusat hiburan berkenaan sekali gus menghalang cubaan meloloskan diri

Hasil siasatan mendapati premis tersebut menawarkan khidmat seks dengan kadar RM150 hingga RM250 sejam.

Turut ditemui kondom bersepah dalam bilik dan bakul sampah. Seorang lelaki warga tempatan turut ditahan disyaki menjadi majikan kepada semua wanita terbabit. Kamalludin berkata, kesemua wanita berkenaan telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Mereka turut melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dengan melanggar syarat pas lawatan. Mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(I) akta yang sama iaitu memiliki endorsmen palsu dalam pasport serta Seksyen 56(1)(d), melindungi warga asing tanpa pas sah. Kesemua wanita terbabit ditahan untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Depot Imigresen Langkap.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here