Gaji Rendah Punca Cina Dan India Tak Minat Jadi Tentera – Mat Sabu

0
72

”Mungkin masalah tangga gaji kecil menyebabkan mereka (Cina dan India) kurang minat menyertai tentera. Oleh itu, kerajaan perlu fikir tangga gaji yang lebih sesuai kepada anggota keselamatan ini”

Skim tangga gaji yang rendah merupakan antara penyebab kaum bukan Melayu terutama India dan Cina kurang berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, sudah sampai masanya skim tangga gaji bagi pasukan keselamatan itu dikaji semula terutamanya bagi anggota yang berpangkat rendah dalam usaha menarik golongan bukan Melayu menyertainya.

Meskipun pelbagai kempen dijalankan bagi menarik dua kaum itu menyertai pasukan keselamatan, namun akibat masalah itu (tangga gaji yang rendah) gagal menarik minat mereka menyertai ATM.

Mohamad turut menyeru pesara tentera di bawah kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) melibatkan diri dalam sektor pertanian sebagai usaha menampung kos sara hidup masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here