EXCO Kerajaan Negeri Perak Disyaki Rogol Pembantu Rumah

0
679

EXCO Perak disiasat polis selepas disyaki merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

Difahamkan mangsa tampil membuat laporan polis semalam selepas dipercayai dirogol di kediaman lelaki itu di Meru, Ipoh.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Asisten Komisioner Choo Lily mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Ya… kita sudah menerima laporan polis yang dibuat mangsa semalam dan siasatan kini sedang dijalankan.

“Buat masa ini belum ada tangkapan namun suspek akan ditahan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here