Equanimity Dijual Kepada Genting Malaysia Berhad Pada Harga RM514.4juta, Lebih Rendah Dari Harga Minimum Ditetapkan Mahkamah

0
428

Putrajaya memutuskan untuk menjual kapal layar mewah Equanimity kepada syarikat tujuan khas (SPV), Genting Malaysia Bhd pada harga RM514.4 juta. Kenyataan dikeluarkan Jabatan Peguam Negara hari ini memaklumkan Genting akan bayar RM514.4 juta kepada Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur akhir April ini.

RM514.4 juta ialah tawaran terbaik yang diterima dalam 5 bulan, sejak kerajaan mengumumkan akan menjual Equanimity pada Oktober tahun lalu. Menurut Tommy Thomas jumlah ini adalah jumlah yang paling tinggi bagi pemulihan 1MDB.

Sebelum ini, media melaporkan perintah mahkamah telah menetapkan harga minimum bagi kapal mewah Equinimity ditetapkan pada harga RM534.7juta. Pembelian kapal Equaminity ini juga dibuat secara rundingan terus. Namun, harga penjualan Equinimity kepada Genting Malaysia dilihat lebih murah berbanding penetapan harga yang ditentukan mahkamah sebanyak RM29.3juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here