‘EGGBOY’ Derma Wang Untuk Mangsa Christchurch

0
286

SYDNEY: Remaja Australia yang memecahkan telur di kepala seorang senator kerana keceluparannya mengenai serangan masjid Christchurch berkata, dia mendermakan hampir A$100,000 (RM290,000) dikumpul untuknya kepada mangsa keganasan itu.

AFP melaporkan, William Connolly yang digelar ‘EggBoi’ (budak telur), mula menjadi tajuk akhbar utama selepas memecahkan telur di atas kepala senator kontroversi Fraser Anning pada sidang akhbar selepas serangan beramai-ramai mengorbankan 51 Muslim.

Anning yang kalah kerusi di parlimen Australia susulan insiden itu, mencetuskan kemarahan selepas menuduh kehadiran orang Islam sebagai punca serangan pengganas di kejiranan New Zealand.

Laman GoFundMe yang diwujudkan untuk membantu Connolly membayar kos guaman dan membeli ‘lebih banyak telur’ mendapat ribuan sumbangan sekelip mata.

Connolly yang memuat naik tulisannya di Instagram semalam berkata: “Saya membuat keputusan untuk mendermakan semua wang sebagai bantuan kepada mangsa serangan keganasan. Ia bukan milik saya.”

“Akhirnya!!! Selepas sejumlah besar dikumpulkan, sebanyak $99,922.36 (RM290,069.29) diserahkan hari ini kepada Yayasan Christchurch dan Mangsa Sokongan.”

“Kepada mangsa tragedi itu, saya dengan sepenuh hati berharap pemberian ini dapat memberi kelegaan kepada anda. Teruskan dengan menyebarkan kasih sayang,” katanya. HM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here