Cuaca Panas Dan Kering Bakal Melanda Kebanyakkan Tempat Di Malaysia Awal Mei – Jabatan Meteorologi

0
283

Jabatan Meteorologi dalam satu tinjauan cuaca jangka panjang memberitahu bahawa negara sekarang ini di dalam fasa peralihan monsun.

Monsun Barat Daya dijangka bermula pada awal bulan Mei dengan tiupan angin yang bertiup secara konsisten dari arah barat daya.

Keadaan cuaca panas dan kering akan dirasai di kebanyakan tempat di Malaysia. Menurut portal berkenaan,

Pada bulan Mei 2019, Terengganu, persisiran pantai Kelantan dan Pahang serta kebanyakan kawasan di Johor dijangka menerima hujan sedikit di bawah paras purata iaitu kurang daripada 150mm. Negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dijangkakan menerima taburan hujan pada paras purata iaitu antara 150mm hingga 250mm.

Kebanyakan bahagian di Sarawak dijangka akan menerima hujan pada paras purata di antara 200mm hingga 300mm. Bahagian Limbang dan Miri, dijangka akan menerima jumlah hujan kurang daripada 150mm.

Sepanjang bulan Mei 2019, semua bahagian di Negeri Sabah akan menerima hujan sedikit di bawah paras purata iaitu antara 100mm hingga 150mm.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here