Buang Status Agama Dalam Kad Pengenalan, KDN Akan Kaji

0
602

JOHOR BAHRU 28 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji dan memperhalusi terhadap cadangan Ahli Jawatankuasa DAP negeri, Nga Hock Cheh supaya kerajaan menggugurkan status agama dalam kad pengenalan.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bukan kali pertama perkara itu disuarakan namun tidak ada perubahan dilakukan selepas perbincangan dibuat membabitkan perkara tersebut.

Katanya, setakat ini pihaknya masih belum menerima secara rasmi cadangan daripada seorang senator DAP supaya menggugurkan identiti bangsa dalam kad pengenalan.

“Ada pandangan yang mengatakan pandangan senator itu bertentangan dengan Perlembagaan berkaitan pasal hak keistimewaan melayu. Kalau isu itu diteruskan dan pindaaan dilakukan mungkin boleh timbul perkara sensitif yang menyentuh sesuatu kaum dan kaum lain.

“Jadi kita kena halusi perkara itu. Buat sementara itu, saya hendak nyatakan kita kekalkan status pendaftaran di mana soal latar belakang penama sama ada Cina, Melayu dan India kita masukkan di dalam kad pengenalan,” katanya dalam sidang akhbar dalam Majlis Bersantai Bersama Pemimpin dan Pelancaran Buku Bersatu Mulanya Di sini di Hotel Thistle, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau menghormati pandangan yang disuarakan Hock Cheh namun akan menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat apa-apa keputusan. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here