Boleh Sakit Jiwa Bekerja Dengan Bos Wanita

0
196

Bekerja dibawah seorang pimpinan wanita tak kiralah samada dalam jawatan supervisor, pengurus, pengarah atau ketua jabatan bukanlah satu perkara baru.

Pasti anda yang bekerja kerajaan ataupun swasta pernah berhadapan dengan bos yang pelbagai kerenah, sama ada bos wanita atau bos lelaki.

Setelah menghimpun sedikit sebanyak pendapat mereka tentang bos wanita, ramai yang memberi pendapat bahawa bekerja dengan bos wanita bukanlah mudah.

Mungkin kerana fikiran wanita sukar dibaca dan ada dikalangan mereka yang terlalu suka mengarah-arahkan pekerja mengikut emosi. Jadi kenapa agaknya bekerja dengan bos perempuan lebih menyusahkan?

1. Suka Mengarah

Sememangnya jiwa kewanitaan susah untuk disingkirkan walaupun berada ditempat kerja, bos wanita kebiasaannya mudah melenting bila apa yang dikendakinya tidak diturutkan. Malah mereka gemar mengarah-arahkan pekerjanya melakukan banyak kerja dalam satu masa. Apalagi jika keadaan dipejabat sangat tidak terurus, emosinya mudah terganggu dan biasanya pekerja lah menjadi tempat meluahkan perasaan.

2. Rasa Tercabar

Ini khas untuk kaum lelaki yang bekerja dibawah ketua wanita. Biasalah lelaki mudah rasa tercabar dengan sosok wanita yang jawatannya lebih tinggi daripada mereka. Namun apa yang hendak tegaskan tak semua lelaki begitu. Kalau kita ada rasa hormat pada setiap orang pasti perkara ini tidak berlaku.

3. Emosional

Sikap emosional biasa kita kaitan dengan bos wanita yang sudah agak berusia, ini kerana faktor kesihatannya yang kadang-kala terjejas dek kerana tekanan ditempat kerja. Sebenarnya tiada beza pun antara bos lelaki mahupun bos wanita, setiap manusia itu berbeza. Tambahan bos wanita tersebut belum berkahwin.

Pandangan Warganet

Mengikut sedikit kajian, kebanyakkan pekerja memilih untuk ‘Bos Lelaki’ dari wanita.

Kesimpulan

Namun ada juga dikalangan bos lelaki yang beremosi seperti wanita. Jangan terlalu optimis kepada kaum wanita yang bergelar bos ini, ada diantara mereka berpotensi tinggi, jujur dan adil dalam menjaga kebajikan pekerja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here