Bapa Didakwa Rogol Anak Kandung

0
2097

TAIPING – Seorang bapa bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol anak kandungnya bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 48 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhannya dibacakan di hadapan Hakim Che Noralashiken Abd. Razak.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut didakwa melakukan persetubuhan dengan anak perempuannya berusia 19 tahun yang mana hubungan tersebut tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat, kebiasaan yang terpakai untuknya berkahwin di sebuah rumah di Rantau Panjang, Selama pada Jun lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sariza Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. Sariza mencadangkan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin memandangkan tertuduh tinggal bersama mangsa.

Che Noralashiken kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 September depan untuk pengurusan kes dan lantikan peguam.

Kosmo! Online Rabu lalu melaporkan, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang dirogol bapanya sejak lima tahun nekad melaporkan perbuatan jijik lelaki itu kepada pihak polis. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here