Apa Disebalik Kes Abdul Yunus, EXCO Kerajaan Negeri Perak

0
1528

Kes Rasuah Exco PKR Perak: Apa di sebalik tabir?

Pada 13 Julai 2019, Exco PKR Perak yang dituduh meminta rasuah dan membocorkan rahsia minit mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat kenyataan bahawa beliau dijadikan mangsa konspirasi menjatuhkannya (https://www.malaysiakini.com/news/483662).

Setiausaha Politik kepada Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador, dengan tidak semena-mena menyahutnya dengan mengatakan bahawa Anwar tidak ada kaitan dengan isu tersebut (https://www.malaysiakini.com/news/483728).

Walhal, tiada siapa pun menyebut tentang konspirasi Anwar di Perak sebelum ini secara terbuka.

Ada dua tujuan kenapa laporan polis dibuat berhubung tuduhan rasuah ke atas Exco PKR Perak tersebut, Abdul Yunus Jamhari.

Pertama, bersabit perang antara kem Anwar vs Azmin. Kedua, waktu yang sesuai sempena isu rogol Exco DAP Perak.

Sebelum itu, perlu diketahui bahawa kes rogol Exco DAP Perak bukan satu komplot politik, sebaliknya ia berlaku secara tidak terancang (bukan honey-trap atau wanita umpanan). Manakala kes rasuah Exco PKR itu pula adalah satu rancangan menyerang kem Azmin di Perak yang melibatkan percaturan oleh kem Anwar, didalangi Farhash.

1) Laporan dibuat oleh bekas pegawai khas Yunus (Exco PKR) sendiri iaitu Beh Yong Kean, AJK PKR Cabang Parit Buntar merangkap Ahli Majlis Daerah Kerian. Yunus mendakwa bekas pegawainya itu berdendam apabila permohonan Yong Kean untuk mendapatkan kelulusan tanah bagi kilang ais miliknya di Tanjung Piandang, Parit Buntar, ditolak oleh Yunus.

2) Tarikh berlakunya cubaan meminta rasuah seperti yang didakwa Yong Kean ialah 4 Oktober 2018. Ini bererti, Yong Kean telah berniat menyembunyikan maklumat tersebut selama sembilan bulan sehinggalah baru dilaporkan kepada pihak polis semalam, 13 Julai 2019. Ternyata laporan ini bermotif politik.

3) Sebaik sahaja laporan rasuah Exco PKR terbabit dibuat, Farhash merupakan pemimpin PKR pertama yang pantas membalun Yunus di media.( http://www.astroawani.com/berita-malaysia/exco-perak-didakwa-bocor-minit-mesyuarat-mmkn-212587)

4) Yunus, orang kuat Azmin di Perak mengakui bahawa kem Anwar mahu menjatuhkannya sejak pemilihan parti itu tahun lepas.

5) Pada 14 Disember 2018, Farhash dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak. Farhash sebelum itu bukan seorang yang aktif parti di peringkat negeri Perak. Hanya pada pemilihan tahun lepas barulah beliau menjadi Ketua Cabang PKR Kuala Kangsar. Pelantikan Farhash oleh Anwar ini mendapat tentangan daripada ramai pemimpin senior PKR Perak.

6) Mac 2019, Farhash lantang mahu Yunus digugurkan dari jawatan Exco dengan alasan prestasinya buruk dan mahu menggantikannya dengan Adun PKR Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai (kem Anwar). (https://www.utusan.com.my/berita/politik/pkr-perak-bertegas-mahu-tukar-exco-1.866635)

7) Sebagai tambahan, Arafat, yang juga Ketua PKR Cabang Tambun telah tewas dalam pemilihan PKR yang lepas – bertanding jawatan Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat (kem Rafizi) tetapi tewas (tempat ke-53). Manakala Farhash juga tewas bertanding jawatan Ahli MPP PKR Pusat (tempat ke-69).

8) Arafat merupakan Ahli Lembaga Pengarah Majuperak Holdings Bhd, anak syarikat milik kerajaan negeri. Dalam pemilihan PKR yang lepas, beliau merupakan kepala kempen kem Rafizi (baca: Anwar) di Perak yang berusaha mahu merampas kembali penguasaan kem Azmin di negeri itu.

PKR sudah berada pada tahap kemaruk kuasa yang tidak dapat dibendung lagi. Baik presiden, sehinggalah juak-juak, tikam menikam sesama sendiri sudah semakin berlaku secara terang-terangan.

Rogol, rasuah dan pergaduhan dalaman, PKR dan DAP terlalu leka kerana Perak bila-bila masa boleh bertukar kerajaan.

Kredit asal : Korek-Korek

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here