Anak Menteri Positif Dadah Akan Didakwa Di Mahkamah – TSMY

0
244

Anak menteri yang ditahan dan didapati positif dadah akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.Jelas Muhyiddin, polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes itu kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

“Arahan telah diterima untuk menuduh suspek di mahkamah. Tindakan untuk menuduh akan diambil dalam tempoh yang terdekat ini,” kata Muhyiddin dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 14 April bagi soalan yang dikemukakan Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong).Dalam jawapan bertulis itu, Muhyiddin bagaimanapun tidak menyebutkan nama menteri yang dimaksudkan.Shamsul meminta penjelasan prosedur operasi standard (SOP) siasatan terhadap individu yang disyaki positif dadah dan berapalama masa diambil untuk mendapatkan pengesahan ujian patologi.

Umum mengetahui sebelum ini Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 ini anak kepada Menteri Pertahanan Mat Sabu ditahan pada 5 Januari lalu selepas positif ganja dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang.

Muhyiddin dalam jawapannya menjelaskan bahawa polis mempunyai SOP Arahan Pentadbiran yang khusus dalam pengendalianpengambilan sampel air kencing terhadap individu yang disyaki positif dadah.Arahan berkenaan termasuklah yang terkandung dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN), Bahagian F103 (Tatacara Pengambilan Air Kencing dan Penguatkuasaannya di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Akta 284).“Bagi kes anak menteri yang disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, laporan patologi telah diterima oleh PDRM,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here