Ahli Parlimen DAP ‘panas’ usul RUU 355 di Parlimen

0
45

Hari yang ditunggu-tunggu kebanyakkan penduduk Islam di Malaysia hari ini dalam usul pembentangan pindaan ruu undang-undang RUU 355 telah tiba.

Pembentangan pindaan rang undang-undang bagi memperkasakan undang-undang Islam hari ni yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang cuba diganggu oleh Ahli Parlimen Gelang Patah dan Ahli Parlimen Puchong. Semasa pembentangan itu, kedua-dua ahli parlimen yang mewakili Parti DAP ini membuat bising dan cuba mencelah dalam pembentangan tersebut.

Menyedihkan apabila kebanyakkan ahli parlimen dari pembangkang yang mewakili Parti Amanah (PAN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Bersatu (PBBM) hanya mendiamkan diri sahaja apabila usul itu dibentangkan.

Mengikut analisis, jika RUU 355 ini tidak mendapat sokongan daripada ahli parlimen Islam pihak pembangkang, RUU ini tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana dengan hanya sokongan dari ahli parlimen pihak kerajaan sahaja tidak mencukupi.

Bagaimanapun, sokongan penuh dan doa dari rakyat Malaysia diperlukan bagi merealisasikan apa yang dibawa oleh Ahli Parlimen PAS berkenaan RUU 355.

Anak Ayam Turun Enam,

Satu Mati Tinggal Lima,

Minta Doa Tetapkan Iman,

Minta Mati dalam agama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here