ADUN PH Cadang Wujudkan Undang-Undang Larang Maki Di Media Sosial

0
766

ADUN Seri Serdang dari parti Amanah, YB Dr Siti Mariah mencadangkan supaya satu undang-undang melarang maki hamun dan mencarut di media sosial digubal.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara turut berkata sesiapa yang menyebarkan atau berkongsi bahan sebegitu wajar dijadikan satu kesalahan.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran yang dinaikkan di akaun facebooknya.

“Tiba masanya kita ada undang undang yg melarang maki hamun dan mencarut di media sosial dan menjadikan kesalahan sesiapa yg menyebarkan atau berkongsi bahan sebegitu di media sosial ” – Siti Mariah 

Tambahnya lagi, rakyat Malaysia masih belum bertamadun dengan kebebasan bersuara dan ekspresi oleh itu, beliau turut mencadangkan supaya diadakan garis panduan perkataan yang tidak boleh digunakan di media sosial.

Rakyat Malaysia belum bertamadun dengan kebebasan bersuara dan ekspresi. Kena ada senarai perkataan yg tidak boleh kita gunakan dalam lingkungan awam. Menjadi menjadi semenjak PH berkuasa kerana keterbukaan kerajaan yg terlalu luas – Siti Mariah

Dr Siti Mariah sebelum ini merupakan ahli parlimen Kota Raja ketika beliau ahli PAS sebelum melompat ke parti Amanah.

Pada Februari lalu, kerajaan meneliti kemungkinan menggubal undang-undang bagi menangani penyalahgunaan media sosial yang disifatkan semakin meruncing mutakhir ini, sejak kerajaan PH mengambil alih kuasa pada Mei tahun lepas.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo selain berkata aspek lain yang turut dikaji ialah mekanisme terbaik bagi memantau tindakan didalangi individu tidak bertanggungjawab dalam memanipulasi sosial media.

“Kita tidak menolak kemungkinan Malaysia bakal menggunakan pendekatan seperti negara luar, termasuk jiran terdekat Singapura.

“Singapura mempunyai Jawatankuasa Pemilih Khas yang ditubuhkan untuk meneliti isu ini, sebelum mengemukakan cadangan kepada Parlimen dan peringkat seterusnya,”  – Gobind Singh Deo 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here