RAKYAT CAMERON HIGHLAND TIDAK MAHU TOL FREE, BN MENANG DI PRK CAMERON - I Am Parit Buntar

Breaking

IKLAN

BANNER 728X90

Saturday, 26 January 2019

RAKYAT CAMERON HIGHLAND TIDAK MAHU TOL FREE, BN MENANG DI PRK CAMERON



Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi nya di Cameron Highland dengan bergaya hari ini. Calon Barisan Nasional (BN), Tuan Ramli Mohd Nor diumumkan menang pada PRK Cameron Highlands dengan 12,038 undi manakala Pakatan Harapan (PH) M Manogaran, 8,800 undi, Bebas, Sallehudin Ab Talib, 314, dan Wong Seng Yee 283 undi.

Pelbagai komen yang dimuat naik oleh netizen Malaysia. Antaranya  kata-kata sindiran terhadap kerajaan PH, "rakyat Cameron Highland menolak Tol Free, Pendidikan Free, Hapus hutang FELDA, Hapus Hutang PTPTN".

Terdahulu kerusi Cameron Highland disandang oleh Datuk C Sivarraajh (BN) pada PRU 14 yang lalu diisytiharkan terbatal oleh mahkamah.

Namun di PRK Cameron Highland, kemenangan masih lagi berpihak kepada Barisan Nasional dengan undian yang meningkat. Ternyata gabungan antara PAS dan BN berjaya menambat hati penduduk di Cameron Highland.

Kemenangan BN di PRK Cameron Highland juga adalah isyarat yang sangat jelas kepada kerajaan PH yang mana rakyat sudah muak dengan pembohongan kerajaan melalui manifestonya. Kerajaan juga dilihat hanya bermain politik murahan, masih menyalahkan kepimpinan yang lama.

Kerajaan haruslah bermuhasabah dengan kekalahan ini.

No comments:

Post a Comment