2 Aktivis Media Pro Pembangkang Di Ambil Keterangan Oleh Bukit Aman

0
260

Dua (2) orang penulis pro pembangkang dilaporkan telah dipanggil oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan di Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas pagi ini di Bukit Aman.

Menurut sumber ke dua-dua individu itu cukup aktif dan lantang membawa isu-isu rakyat serta kerap mengkritik kerajaan Pakatan Harapan (PH)  terutamanya berkenaan janji-janji manifesto PH sebelum Pilihanraya Umum (PRU) 14 lalu.

PakDin (bukan nama sebenar) 52 tahun memberitahu Rezqeen Hill, beliau terpaksa membayar tambang teksi sebanyak RM80 dari Hulu Selangor ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memberi kerjasama kepada PDRM.

Turut dilihat bersama Pak Din adalah seorang aktivis media sosial pro Pembangkang, Zapa (bukan nama sebenar) dan turut ditemani seorang peguam yang menawarkan khidmat secara sukarela.

Difahamkan Pak Din dan Zapa dipanggil untuk diambil keterangan ekoran daripada laporan Polis dibuat oleh pihak tidak dikenali yang dipercayai tidak berpuas hati dengan segala bentuk kecaman dalam bentuk artikel terhadap kerajaan hari ini.

“Kami amat memahami tugas anggota Polis yang jalankan siasatan, Alhamdulillah selesai beri keterangan” ujar Pak Din. 
“Ini bukan pengalaman baru saya berdepan dengan pihak Polis sebab saya antara jutaan rakyat yang sentiasa menyokong kuat PDRM, kami beri kerjasama sebaiknya” tambah Zapa.

Kedua-dua mereka dilihat meninggaljan perkarangan Bukit Aman selepas hampir dua (2) jam memberi keterangan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here