Header Ads

BERITA TERKINI

LARIAN OBOR SUKAN SEA DI SERAH DARI PULAU PINANG KE PERAK

 Sukan Sea 2017 bakal berlangsung di Kuala Lumpur selaku tuan rumah kali ini.Bersempena dengan itu obor yang menjadi mercu kepada kejohanan yang berprestij itu dibawa mengelilingi Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Tepat jam 10.30 pagi tadi,obor itu tiba di Parit Buntar setelah ianya dibawa mengelilingi Pulau Pinang.Daerah Kerian selaku jiran diberi amanah membawa obor untuk mengelilingi 7 daripada 9 daerah didalam Perak.

Obor itu disambut oleh Datuk Syahrul Yahya , EXCO kerajaan Negeri Perak diiringi Mua'amar Ghadafi , Presiden Majlis Belia Malaysia di Dewan Merdeka.Obor yang diserahkan oleh Dato Mahmud Zakaria , ADUN Sungai Acheh akan disimpan di Dewan Merdeka Parit Buntar selama sehari dan dibuka untuk pameran kepada semua rakyat Parit Buntar.

Penghormatan diberikan kepada bekas-bekas atlet yang berasal dari Daerah Kerian yang pernah mengharumkan nama Negara pada kejohanan yang lepas antaranya Mohamad Bin Abdul Hadi (Hoki) , Abduk Rahman Bin Koya Kutty (Olahraga) dan Kirthana a/p Ramasamy yang akan mengambil bahagian dalam lompat kijang di Sukan Sea 2017 nanti


Larian akan dimulakan esok di Perak yang akan melalui 7 daerah dan akan tamat di Gerik sebelum diserahkan kepada Kelantan.

Majlis penyerahan yang meriah turut dihadiri antaranya Yang DiPertua Majlis Daerah Kerian,Pegawai Daerah Kerian,Ketua Polis Daerah Kerian dan Pegawai-pegawai kerajaan.Keseleruhan kehadiran dianggarkan hampir seribu orang.


Semangat yang ditunjukkan oleh pelbagai lapisan umur dan masyarakat ini diharap dapat memberi semangat kepada atlet negara yang bakal berentap di Sukan Sea 2017 akan datang.

No comments