Header Ads

BERITA TERKINI

'SINGGAH SAHUR' MENCERIAKAN PETUGAS MALAM

'SINGGAH SAHUR' anjuran Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar awal pagi tadi menceriakan petugas-petugas malam yang terdiri daripada Polis , Bomba dan Kakitangan Hospital yang sedang bertugas pada sebelah malam.



Program yang diketuai Mua'amar Ghadafi Jamal selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar itu diadakan untuk menghargai mereka yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi memberi khidmat kepada masyarakat Parit Buntar sehinggakan kadang-kadang terlepas untuk bersahur pada bulan puasa ini.

Sebanyak 100 bungkus kotak makanan untuk juadah bersahur diedarkan di sekitar Parlimen Parit Buntar antaranya Balai Polis Parit Buntar,Balai Bomba Parit Buntar,Hospital Parit Buntar,Balai Polis Tanjung Piandang Balai Bomba Kuala Kurau dan Balai Polis Kuala Kurau.

Sedikit sebanyak mereka terkesan dan berterima kasih atas ingatan Pemuda UMNO Parit Buntar yang menghargai pengorbanan dan jasa mereka selama ini.Program yang turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar , Dato' Abu Bakar Mat Ali itu berakhir pada jam 5 pagi.















No comments