Header Ads

BERITA TERKINI

PENGHUNI HOSPITAL PARIT BUNTAR TERIMA DUIT RAYA



PARIT BUNTAR- Lebih 60 penghuni Hospital Parit Buntar termasuk kanak-kanak dan ibu bersalin, tersenyum gembira menerima sumbangan duit raya dan buah tangan yang disumbangkan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Dserah Kerian,petang tadi.





Ternyata kunjungan dan sumbangan terbabit menceriakan kesemua pesakit yang terlantar di hospital itu.



Pengerusi PKMM Kerian, Razali Che Amal berkata, program sebegini adalah program tahunan tanggungjawab sosial (CSR) pihaknya bagi sama-sama berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.

" Hari ini pihak PKMM Kerian memilih untuk menyantuni pesakit-pesakit terlantar di hospital ini bagi memberikan keceriaan kepada mereka disamping memberikan mereka duit raya dan buah tangan.

" Selain itu, pihak kami akan turut menjelajah seluruh pelusuk kampung disini bagi memberikan bantuan kepada golongan sasar seperti anak-anak yatim dan fakir miskin bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

" Sumbangan ini adalah dari hasil kutipan dana dari 160 ahli kontraktor berdaftar didaerah kerian bagi berkongsi rezeki sedia ada kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Menurutnya lagi setiap tahun pihaknya mengadakan pelbagai program CSR termasuk meraikan rumah anak-anak yatim yang ada di daerah Kerian.

No comments