Header Ads

BERITA TERKINI

SURAU DAN MASJID WAJIB DAPAT KEBENARAN DARI PENDUDUK UNTUK LAUNG AZAN - AZIRA

Azira Aziz seorang pengasas bebas melontarkan pendapatnya melalui akaun laman sosial 'twitter' nya yang mengatakan Surau dan Masjid haruslah mendapat persetujuan penduduk setempat untuk melaungkan azan.

Pengasas BEBAS ini yang juga salah seorang aktivis yang menentang keras RUU 355 terlibat dalam PERHIMPUNAN ANTI RUU 355 di Petaling Jaya awal tahun ini.Azira mempertikaikan jarak surau dan masjid yang terlalu dekat dengan kawasan perumahan.



Beliau berbuat demikian sebagai respons kepada berita Kerajaan Negeri Selangor akan membuat semakan semula kepada Garis Panduan Manual Selangor Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang menyaksikan syarat-syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam diperketatkan.


Azira juga melontarkan dakwaan bahawa budaya kebencian, pergaduhan dan mentaliti tidak bertoleransi adalah merupakan budaya yang diimport dari negara Arab ke dalam masyarakat. Masalah fundamentalisme yang melanda Malaysia pada ketika ini, ditegaskan oleh Azira sebagai berpunca dari budaya Arab yang diimport ini.

Aktivis yang dikatakan pernah bekerja dengan Adun Subang DAP, YB Hannah Yeoh juga menuduh kononnya orang Islam Malaysia terikut-ikut dengan budaya Arab yang antara lain dipengaruhi oleh graduan Ustaz dan Ustazah universiti-universiti Arab. Menurutnya, Malaysia akan lebih aman jika penghantaran dan kemasukan tenaga pengajar Islam dari rantau tanah Arab dihadkan sejak dahulu lagi.





No comments