Header Ads

BERITA TERKINI

SEJARAH NAMA TITI SERONG


Sejarah TITI SERONG

Kampung Titi Serong dibuka sekitar tahun 1889. Orang pertama yang meneroka kampung ini berasal dari negeri utara Malaysia. Mereka ialah Haji Musa dan Haji Muhammad. Lokasi yang mula diterokai ialah Kampung Tebok Haji Musa. Haji Musa dan Haji Muhammad serta pengikut mereka datang dari utara Malaysia melalui jalan laut (Jalan laut tersebut sekarang dinamakan Kampung Sungai Kota). Mereka telah mendirikan sebuah masjid yang pada ketika ini dikenali sebagai Masjid Jamek Tebok Haji Musa. Kayu dan Bertam digunakan di awal pembinaan masjid tersebut iaitu di akhir abad ke-19. Pada1918, masjid ini telah diubahsuai buat kali ketiga. Ini dapat dibuktikan daripada tarikh yang terpahat di mimbar masjid tersebut.




Asal-usul nama Kampung Titi Serong
Beberapa dekad yang lalu, Kampung Titi Serong hanya dikenali dengan nama Kampung Tebok Haji Musa. Zaman terus berlalu dan berlaku pertambahan penduduk di kampung ini bukan sekadar bangsa melayu malah kaum Cina dan India. Penduduk bertambah dan kawasan menjadi semakin luas. Hasil dari pertambahan penduduk, maka kedai-kedai dan kemudahan lain semakin bertambah. Kawasan kedai tersebut menjadi tumpuan penduduk dan kawasan tersebut dikenali dengan nama simpang empat Titi Serong. Nama Titi Serong pula di ambil bersempena terdapatnya sebuah titi yang berada di dalam kedudukan menyerong pada sebatang parit. Nama ini kekal sehingga ke hari ini dan titi ini masih kekal dalam keadaan menyerong dan berada di tengah-tengah pekan Titi Serong. Pada ketika ini, kawasan awal penerokaan iaitu Tebok Haji Musa dan sekarang ini Pekan Titi Serong telah diisytiharkan sebagai sebuah kampong yang dinamakan KAMPUNG TITI SERONG, PARIT BUNTAR, PERAK.

No comments