Header Ads

BERITA TERKINI

POLIS SIASAT 'SCAM' SAHAM DI TAIPING



TAIPING: Pihak polis di sini sedang menjalankan sisatan bagi mengesan satu sindiket yang dilapor menipu orang ramai untuk menyertai ‘Skim Buka Akaun Bank Beli Saham’.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata pihaknya menerima tujuh laporan daripada individu berasingan sejak Mac lalu.

“Mereka yang membuat laporan mengalami kerugian antara RM10,000 hingga RM70,000.

“Mangsa menyedari mereka tertipu setelah pulangan skim yang dijanjikan tidak diperoleh, malah ada yang mengalami bankrap,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – Bernama

No comments