Header Ads

BERITA TERKINI

PEMUDA UMNO PARIT BUNTAR LANCAR PETISYEN BANTAH PUSAT JUDI


Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar yang diketuai oleh Mua'amar Ghadafi Jamal melancarkan petisyen mengumpul tandatangan seluruh penduduk Parit Buntar bagi membantah kewujudan pusat judi yang bagaikan cendawan tumbuh.

Petisyen itu sehingga kini telah dapat mengumpul lebih 2000 tandatangan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.Setelah tandatangan mencapai sasaran,petisyen itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan
(PBT) seperti Majlis Daerah Kerian(MDK),Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk tindakan susulan.

Mua'amar Ghadafi yang ditemui di mesyuarat Umno cawangan Kampung Masjid Batu berkata usul ini akan dibawa sehingga mesyuarat agung Umno peringkat pemuda cawangan yang akan berakhir akhir Ramadhan nanti.

Beliau juga berharap agar seluruh penduduk Parit Buntar dapat bersama-sama dalam hal ini bagi membasmi kewujudan pusat-pusat judi ini.

No comments