Header Ads

BERITA TERKINI

PAS PERAK BUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG KARIKATUR AKHBAR NANYANG MENGHINA UMAT ISLAM



IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak membuat laporan terhadap akhbar Nanyang Siang Pau yang menyiarkan karikatur monyet yang mereka dakwa sebagai penghinaan terbuka dan menyentuh sensitiviti agama Islam.

Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, laporan itu dibuat di semua 15 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri ini.

Menurut beliau, karikatur itu jelas mengganggu keharmonian kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama kerana mempersendakan dan menghina Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Presiden PAS bukan sahaja Presiden Parti Islam di Malaysia, malahan beliau juga merupakan Timbalan Ketua Persatuan Ulama Sedunia yang membawa imej agama Islam serta penganutnya tidak terhad hanya di Malaysia, malah seluruh dunia,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

Menurut Mohd Akmal, penghinaan seumpama itu bukan sahaja menyentuh sensitiviti ahli PAS, bahkan ia menyinggung perasaan umat Islam dalam dan luar negara.

Ditanya mengenai adakah sekadar memohon maaf sudah memadai, Mohd Akmal berkata, disebabkan laporan polis sudah dibuat, mereka menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengamil tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Abu Hassan berkata, semua wakil rakyat PAS menyokong tindakan Pemuda PAS Perak membuat laporan polis.





No comments