Header Ads

BERITA TERKINI

MENARA JAM PARIT BUNTAR



Parit Buntar merupakan sebuah bandar lebuhraya dan bandar utara negeri Perak, dari Kuala Lumpur, terletak 40 km dari Butterworth. Bandar Parit Buntar juga merupakan persimpangan jalan masuk ke Serdang dan Lubuk Buntar, Kedah dari lebuhraya. Laluan alternatif Parit Buntar ke Butterworth boleh melalui Jawi exit dan Bandar Baharu ke Kuala Lumpur.



Parit Buntar juga mempunyai jalan simpang empat di pusat bandarnya berhampiran dengan Bagan Serai di selatan, Serdang di timur, Tanjung Piandang di barat dan Jawi di utara. Parit Buntar merupakan pusat pentadbiran daerah Kerian. Majoriti penduduk Parit Buntar ialah Melayu, diikuti Cina dan India. Parit Buntar juga boleh dikenali sebagai 'bandar membaca' seperti Kampar yang juga terletak di Perak Tengah.

Terdapat juga stesen kereta api di Parit Buntar. Plaza tol Parit Buntar di Lebuhraya PLUS sini juga terdapat jalan ke Serdang, Kedah. Terdapat makanan yang terkenal dekat sini iaitu Laksa, Mi Hokkien, Rojak, Nasi Kandar.



Parit Buntar juga terletak dekat dengan Nibong Tebal dan Universiti Sains Malaysia di sana. Kebanyakan pelajar sekolah di Parit Buntar adalah mengayuh basikal bolak-balik dari rumah ke sekolah. Pada waktu lepas sekolah, majoriti pelajar akan pulang bersama-sama dengan basikal ke rumah masing-masing.

Parit Buntar ialah bandar terakhir di negeri Perak. Kawasan berikutnya telah meliputi negeri Pulau Pinang, terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Parit Buntar merupakan bandar yang paling dekat pergi ke Pulau Pinang dan Perlis di Perak.

Sekolah Menengah Cina turut terletak di Parit Buntar ini iaitu SMJK Krian dekat negeri Pulau Pinang. Banyak penduduk Parit Buntar pun akan berkunjung ke Nibong Tebal menjamu selera kerana enaknya makanan. Pekerja pun selalu mari balik Nibong Tebal untuk bekerja.

Untuk lebih tepat, Parit Buntar adalah terletak di Nibong Tebal di Utara dan Bagan Serai di selatan.

No comments