Header Ads

BERITA TERKINI

JETI KONKRIT : PENANTIAN NELAYAN BERAKHIR

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai meluluskan pembinaann jeti baru yang bernilai RM100,000 yang akan bermula bulan hadapan.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali meluluskan peruntukan khas itu apabila keadaan jeti sedia ada diguna pakai nelayan darat dari Kampung Lubuk Buntar, Tebuk Haji Dollah dan Sama Gagah amat usang dan menyedihkan.

Maklumat diterima pihaknya mendapati keadaan bumbung sebahagian besar jeti banyak kebocoran, di samping strukturnya tidak kukuh dan selamat.


Melalui peruntukan RM100,000, sebuah jeti baharu menggunakan tiang konkrit akan dibina bermula bulan Mei bagi menggantikan jeti sedia ada.

Pembinaan jeti baharu itu dijangka siap dalam tempoh sebulan setengah dan ia akan memberi kemudahan besar kepada nelayan darat di beberapa perkampungan berhampiran.Jeti lama digunakan nelayan di situ sejak lebih sepuluh tahun lalu kini tidak lagi selamat untuk digunakan.

Beberapa kemudahan jeti lain di sekitar Parlimen Bagan Serai untuk dibaik pulih atau dibina baharu.
Sebelum ini,Ahli Parlimen Bagan Serai itu turut meluluskan dan menyelesaikan pembinaan baharu Jeti Kampung Sungai Baru bernilai lebih RM100,000

Selain itu, Noor Azmi turut meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengorek sungai Lubuk Buntar yang kini semakin cetek menyebabkan sampan nelayan menghadapi masalah untuk memasuki sungai berkenaan.
Sumber - SINAR

No comments