Header Ads

BERITA TERKINI

BELIA BERJAYA MELALUI PROGRAM MODAL INSAN

IPOH: Kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai usaha bagi pembangunan modal insan melibatkan belia dalam sukan.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata ia terbukti dengan kejayaan yang berjaya dilakar dalam pelbagai bidang sukan dari negeri ini.

“Kejayaan besar yang telah dicapai adalah melalui sukan ragbi, iaitu pasukan Ragbi The Silver Gaurus berjaya merangkul Kejuaraan Piala Agong tahun lalu, pencapaian tempat ketiga Nation 7 side, Juara Silver Gaurus 7 side dan Juara Taiping 10 side,” katanya menjawab soalan tambahan lisan yang diajukan ADUN Gunung Semanggol Mohd Zawawi Abu Hassan pada persidangan DUN hari ini.

Tambahnya lagi, pembangunan bola sepak juga tidak kurang hebatnya melibatkan pembangunan modal insan anak muda.

“Beberapa projek pembangunan bola sepak telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri seperti Kem Akademik PAFA di 24 Parlimen dan Pengajuran Amanjaya Junior Cup di semua parlimen,” katanya.

Terbaru katanya, pihak Kerajaan negeri telah melancarkan Akademi Ekuin Perak Amanjaya di Pusat Latihan Ekustrian Kelab Lumba pada 31 Mac lalu bagi memberi manfaat kepada semua.

“Pelbagai acara sukan seperti badminton, sepak takraw, futsal dan berbasikal serta pelbagai program dan peluang khusus buat golongan belia,” katanya.-PerakToday-

No comments