Header Ads

BERITA TERKINI

BAGAN SERAI PREMIUM OUTLET BAKAL DINAIKKAN


BAGAN SERAI: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sedia memberi kerjasama kepada MK Land Holding Berhad (MK Land) berhubung projek pembinaan Bagan Serai Premium Outlet (BSPO) di belakang kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol arah selatan, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat sini.

 Pengerusi LLM, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata jika diluluskan projek gudang pakaian berjenama terus dari kilang atau 'factory outlet' di kawasan seluas 3.6 hektar membabitkan sebahagian kawasan Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) adalah kemudahan pertama seumpamanya dibina berhampiran lebuh raya utama bawah seliaan LLM. Katanya, akses ke BSPO dijangka dibuat melalui laluan masuk R&R Gunung Semanggol diikuti melalui kawasan BMLR. 



"Perbincangan antara LLM dengan pihak pengurusan MK Land sudah mencapai keputusan positif dan saya akan berbincang pula dengan pihak PLUS dan Kementerian Kerja Raya bagi mendapat kelulusan sepenuhnya. Dr Noor Azmi (dua dari kanan) melihat pelan cadangan pembinaan Bagan Serai Premium Outlet (BSPO) berdekatan kawasan R&R Gunung Semanggol arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan. - Foto Nor Raidah Awang 

"Berdasarkan penerangan pelan cadangan dikemukakan MK Land, saya berpuas hati dengan perancangan dikemukakan," katanya kepada pemberita ketika melawat tapak cadangan projek BSPO di R&R Gunung Semanggol dekat sini hari ini. Hadir sama, Pengurus Besar Kanan MK Land, Kamarulzaman Abu Bakar dan Penolong Pengurus Bahagian Perundingan dan Hartanah MK Land, Mohd Kher Johari Abdul Ghani. Dr Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, selain tarikan pengunjung membeli barangan berjenama di BSPO, pihaknya memberi penekanan bazar makanan berasaskan masyarakat Banjar dan makanan popular daerah Kerian seperti kari ikan sembilang, masakan ketam lembut dan udang galah turut ditempatkan di situ. 

Katanya, cadangan pembinaan BSPO dan bazar makanan tempatan daerah Kerian di R&R berkenaan dianggap tepat dan strategik serta menguntungkan PLUS dan BMLR sendiri dan impak positif kepada sektor eko pelancongan di daerah Kerian termasuk produk pelancongan yang ada di BMLR. "Senario itu bukan sahaja akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat, malah memastikan ribuan peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada belia tempatan," katanya.

No comments